Profile
Profile
Profile

Ghafar Nawi

Nama saya Abdul Ghafar Bin Nawi yang lahir pada 15 November 1990. Saya sudah berkahwin. Saya membesar di Johor dan sekarang menetap di Bandar Puncak Alam. Saya bekerja sebagai pereka grafik sepenuh masa dan tuan tanah web ini.

Profile

Kemahiran

Profile

Mereka Web

Saya berpengalaman sebagai seorang pereka website ‘freelance’. Dengan teknologi kini berkembang maju, sesebuah website boleh menjadi kedai, rumah, bahkan lokasi untuk berinteraksi antara satu sama lain. Berbeza dengan Facebook, Instagram dan Twitter, website adalah anda yang punya dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana organisasi yang lain. Isinya boleh diolah mengikut kehendak pelanggan.

Saya boleh bantu anda!

Profile

Mereka Grafik T-shirt

Saya sebagai pereka t-shirt kepada para pelanggan Shenget Studio berpengkalan di Bandar Puncak Alam secara sambilan. Setiap keperluan pelanggan untuk t-shirt adalah berbeza, maka saya akan memberi cadangan dan penambahbaikan kepada rekaan yang sedia ada dari pelanggan. Ini bagi memastikan semua pelanggan Shenget Studio berpuas hati.

Profile

Rekaan Grafik Professional

Hanya 20% dari keseluruhan projek grafik itu memerlukan kemahiran rekaan. Selebihnya dalam 80% bergantung kepada kemahiran yang lain seperti negosiasi, cadangan penambahbaikan dan rangkaian. Saya mampu membantu anda lebih dari biasa dan memberikan khidmat nasihat grafik secara professional

Profile
 

Pengalaman Kerja

 

  • 2017 - Kini

    Eksekutif Pereka Grafik

    Natural Elixirs Group Sdn Bhd

    Diberi tugasan untuk menyediakan kerja grafik untuk kegunaan dalam media digital disamping membantu tugasan harian dalam bahagian pemasaran dan operasi. Segala tugasan memerlukan komitmen dan perhatian yang tinggi terutamanya ketika melibatkan percetakan pembungkus dan pelbagai alat pemasaran yang lain.

  • 2014 - 2017

    Eksekutif Kreatif Junior

    MagiqAds Sdn Bhd. (Redberry Media Group)

    Bertanggungjawab untuk menjadi sebahagian dari jabatan sokongan untuk unit jualan, pemasaran dan operasi. Menerima arahan dan konsep rekabentuk dari Art Director seterusnya menguruskan fail rekaan dari pelanggan untuk dicetak. Setiap pelanggan mempunyai media yang khusus menyebabkan fail cetakan perlu disemak setulus mungkin. Memberikan superimpose kepada mereka dibahagian jualan dan pemasaran untuk menarik pelanggan dan kelulusan tuan tanah.

  • 2013

    Pelajar Latihan Amali

    Buku Fixi Sdn Bhd

    Menguruskan segala jemputan majlis yang dikelolakan oleh penyelia. Berfungsi juga sebagai barisan hadapan antara syarikat dan pelanggan dalam melakukan jualan. Merekod dan menguruskan stok buku mengikut SOP yang ditetapkan. Mengambil dan menghantar buku-buku ke gudang, pengedar, majlis dan kadangkala ke penulis.

  • 2011

    Pembantu Tadbir (N17)

    Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Ipoh

    Terlibat dengan projek kerajaan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) siri pertama sebagai pembantu pegawai.

    Tugasan yang diberi:
    • Hadir dan membantu segala majlis berkaitan BR1M seluruh daerah Ipoh.
    • Mengisi maklumat ke dalam sistem BR1M yang telah ditetapkan.
    • Menghubungkan antara organisasi dan para pelanggan BR1M

Kelebihan

Pengalaman Lebih 3 Tahun Dalam Industri

Negosiasi Mudah

Masih Muda Dan Peramah

 

Hubungi

ghafar@ghafarnawi.com
+6 019-404 6632
Blok M17, Johan Court Alam Jaya, Bandar Puncak Alam

Jangan segan untuk bertanya, sila isi borang dibawah: